Monday, November 22, 2010

Inilah Cinta Pertama

Cinta pertama atau Cinta Pandang Pertama sememangnya sangat indah.Merupakan kali pertama perasaan ingin di sayangi,menyayangi,ingin di rindui juga merindui,ingin di kasihi juga ingin mengasihi yang hadir dalam kehidupan kita.Beza ianya hadir ialah usia.Farah jatuh cinta pandang pertama ketika berusia 14 Tahun lagi.
Pada ketika itu,sedang farah berjalan-jalan bersama sahabat farah yang bernama SITI RAFIDAH KASBI,bertemu pula dengan seorang jejaka yang ketika itu sedang mendukung seorang kanak-kanak perempuan di samping seorang wanita.Dan pada masa itu,farah hanya memikirkan DIA seorang lelaki yang bergelar SUAMI kepada perempuan yang berada di sampingnya itu.
Seperti biasa,setiap malam farah akan pergi mengaji.Dan ada satu malam nya itu,ketika farah dalam perjalanan mahu pulang ke rumah,farah terdengar satu bunyi seolah-olah seekor tikus.Rupa-rupanya DIA yang memanggilku.Sangat Lucu masa tu..Dan farah terus berjalan menuju ke rumah tanpa memberi sebarang respon.Dua hari kemudiannya,sewaktu farah ingin balik ke rumah setelah selesai mengaji,ISTERI dia keluar memanggilku.Masa tu Dia tengah makan<sempat mengintip>hehehe..Rupa-rupanya lelaki yang ku sangkakan suami dia itu ialah adik kandung nya..Kakak nya menyampaikan HAJAT adiknya itu..dan farah tika itu dengan hati terbuka menerima.maklumlah,cinta pandang pertama punya pasal kan..hehehehe
Farah bagi lah no fon farah pada kakak dia tu..Seminggu tunggu,ta de panggilan dari dia.Agak kecewa juga lah masa tuh kan.Dan penantian itu berakhir apabila Dia sendiri datang berjumpa denganku tika aku ingin balik rumah..Rupa-rupanya no fon aku hilang..hehehehe.<patutlah>Malam tu juga lah dia sms aku.Sms punya Sms.21-12-06 merupakan tarikh keramat kami.Hari jadi ku di sambut bersama2..Alangkah bahagianya aku tika itu..Teramat bahagia sehinggakan bunga di depan rumah ku turut berkembang harum..Musim perssekolahan kini di buka,Dia terpaksa balik ke kampung halamannya,di Rantau Panjang,Kelantan.Dan alhamdulillah,hubungan kami masih lagi bertahan..Aku sayang dia teramat sangat.Hanya Allah sajja yang tahu tika itu bagaimana aku merindui juga menyayangi dia.Bagi kami,jarak bukan penghalang untuk cinta kami ini.Kami gembira bersama walaupon berjauhan.Dan apabila cuti sekolah,Dia akan datang ke sini di rumah kakaknya.Dan kami akan habiskan masa bersama.Hubungan kami bertahan hanya hampir setahun.Perpisahan terjadi kerana tika itu ada seoarang perempuan yang terlalu sayangkan dia di sana.Dan aku membuat keputusan utk mengorbankan hubungan ini.konon2 memahami perasaan kaum hawa.Rupanya perpisahan itu membawa keburukan pada diri ku..Aku hampir mati.Aku mengelar tanganku sendiri,dan hingga kini parutnya masih ada di tangan ku..Dan aku makan ubat semahunya.Aku hanya berkurung dalam bilikku.Akhirnya,parents aku pun bawa aku balik kampung tenangkan jiwa di sana..Agak lama juga aku duduk kat kampung tu..Dan aku teruskan alam persekolahan aku macam biasa.Dan kini,masih tersimpan segala kenangan antara kami.Baju first date kami,masih lagi aku pkai hingga kini.Segala diari yang mengisahkan cerita cinta kami ini masih lagi aku simpan.Baru-baru nie dia add aku di fb..Dengan air mata aku aprove dia..paling tak ku sangka,aku orang pertama yang menjadi friends dia..Terharu kerana dia masih mengingati nama penuh ku walaupun sudah bertahun lamanya berpisah..MUHAMAD FAIZAL MUHAMAD SANUSI dia lah cinta pertama ku,yang mungkin akan terus berada di ingatan ini.Bagaimana dengan cinta pertama kamu..?
FARIZAL